suria

Mahkamah Texas Sekat Penjualan Liverpool

HASRAT ahli lembaga pengarah Liverpool untuk menyelesaikan urusan penjualan kelab itu kepada pemilik baru sekali lagi tertangguh apabila mereka berdepan kesulitan baru.

Pemilik kelab, Tom Hicks dan George Gillett dilaporkan melakukan ikhtiar terakhir untuk menyekat penjualan itu walaupun hakim Mahkamah Tinggi memerintahkan mereka tidak boleh berbuat demikian.

Ahli lembaga pengarah tetap dengan pendirian masing-masing untuk menjual Liverpool kepada New England Sports Ventures (NESV), pemilik pasukan besbol, Boston Red Sox.

Namun, sementara menunggu mereka bertemu bagi membincangkan dengan lebih lanjut mengenai urusan jual beli itu, mahkamah Texas membenarkan permohonan untuk mendapatkan injunksi sementara oleh pemilik terhadap jualan tersebut.

Ketika peminat The Reds meraikan kehadiran pemilik baru, berita gembira itu dicemari dengan tindakan Hicks dan Gillett yang mengeluarkan tuntutan bernilai $1.6 bilion (RM4.93 bilion) kerana cubaan untuk menjual kelab terbabit dengan nilai lebih rendah.

Sebelum perbicaraan itu, ahli lembaga pengarah Liverpool dalam proses bersetuju untuk meluluskan bidaan 300 juta pound (RM juta) yang dikemukakan NESV sebelum tarikh akhir penjualan pada 15 Oktober ini.

Mereka turut menerima tawaran baru bernilai 320 juta pound (RM1.57 bilion) dari jutawan Singapura, Peter Lim yang mengesahkan masih berminat terhadap urusan pengambil alihan kelab itu.

"Kami berpuas hati dengan keputusan itu. Keadilan sudahpun dilakukan. Ini adalah cara terbaik untuk penjualan kelab ini," kata pengerusi Liverpool, Martin Broughton.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain