suria

Gangsa Milik Nicol/Beng Hee

NEW DELHI: Juara dunia Datuk Nicol David dan Ong Beng Hee menang pingat gangsa dalam acara skuasy beregu campuran pada Sukan Komanwel ke-19, Rabu.

Mereka menundukkan pasangan Australia Donna Urquhart dan David Palmer 11-9, 11-6 pada perlawanan di Sri Fort Sports Complex di sini.

Nicol, yang sebelum ini memenangi emas acara perseorangan wanita, berkata beliau dan Ong amat gembira kerana berjaya memenangi satu pingat dalam acara beregu yang amat sukar.

"Selepas ini Sukan Asia pula dan inilah julung kalinya kami akan mengambil bahagian dalam acara berpasukan pada sukan itu.

"Keadaannya lebih kurang begini, cuma lebih banyak pasukan Asia dan lebih banyak pemain akan berusaha memenangi pingat," kata Nicol selepas perlawanan itu.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain