Sukan Komanwel: Pakaian Atlet Negara Tidak Perlu Dijadikan Isu

KUALA TERENGGANU: Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek membidas sesetengah pihak yang terlalu banyak mengkritik atlet negara secara tidak munasabah, termasuk menjadikan soal berpakaian mereka pada Sukan Komanwel 2010 sebagai isu.

Beliau berkata kementeriannya menerima rungutan dan komen negatif daripada pihak tertentu berhubung pakaian atlet, termasuk semasa perbarisan pada pembukaan Sukan Komanwel ke-19 yang sedang berlangsung di New Delhi, India.

Terbaru, pakaian pemenang pingat emas acara angkat berat kelas 62 kilogram, Arrico Jumitih turut dikritik kerana atlet dari Sabah itu dikatakan memakai pakaian dengan lambang negeri yang tidak bersesuaian dengan acara di peringkat antarabangsa seperti Sukan Komanwel.

Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata kritikan seumpama itu adalah sesuatu yang negatif, selain tidak wajar untuk menghukum atlet semata-mata berdasarkan pakaian mereka.

"Saya difahamkan sukan angkat berat terlalu sensitif terhadap banyak perkara, mungkin makanan, pakaian atau persekitaran. Kadang-kadang kalau pakaian tak selesa, mereka tak boleh lakukan yang terbaik.

"Mungkin itu pakaian paling selesa untuk Arrico pada masa itu, dan ia terbukti menyumbang kepada kemenangan beliau.

Pakaian atlet semasa perbarisan juga dikritik, sepatutnya ia tidak dijadikan isu kerana kita tak nak menang berbaris, tapi kalah semasa berjuang," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya akan memperbaiki perkara itu pada masa depan, sekiranya ia didapati menimbulkan kecacatan.

Mengulas mengenai pencapaian negara setakat ini, Ahmad Shabery berkata sasaran 10 pingat emas masih tidak mustahil dicapai, walaupun temasya sukan itu semakin hampir ke penghujung.

Katanya, beliau berpuashati kerana kebanyakan acara yang diharap mampu menyumbangkan emas, berjaya mencapai sasaran, dan ada juga acara yang mencipta kejutan, seperti menembak dan basikal.

"Kita yakin dapat capai sasaran, tetapi tak bolehlah cakap besar, apa yang penting, cuba yang terbaik dan pastikan pingat itu milik kita," katanya selepas merasmikan penutupan Program Selangkah Ke Universiti (Universiti Malaysia Terengganu) yang disertai 200 pelajar Tingkatan Empat di sini, Isnin.

Program anjuran Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) itu bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan, selain memastikan mereka mempunyai hala tuju selepas menamatkan pelajaran di peringkat sekolah menengah. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Artikel Lain