suria

Kempen Ragbi Tujuh Sebelah Malaysia Di Sukan Komanwel Berakhir Tanpa Kemenangan

NEW DELHI: Kempen pasukan ragbi tujuh sebelah Malaysia di Sukan Komanwel 2010 di sini berakhir tanpa mencatatkan walau satu kemenangan sekalipun.

Dalam perlawanan klasifikasi di New Delhi Universiti hari ini, pasukan negara tumpas di tangan Uganda 14-26.

"Laluan kami amat sukar kerana kumpulan kami terdiri daripada negara-negara terbaik dunia dalam arena ragbi, seperti Samoa, Kenya dan Papua New Guinea," kata pengurus pasukan, Ramesh Letchumanan kepada Bernama di sini.

"Kami bermain dengan baik, tapi kami berhadapan dengan pasukan terbaik dunia dan beberapa pemain mengalami kecederaan. Sasaran kami sekarang ialah Sukan Asia di Guangzhou culan depan," tambahnya.

Terdahulu dalam perlawanan Kumpulan C, Malaysia kalah kepada 0-40 kepada Kenya, tewas di tangan juara dunia Samoa 0-61, dan ditundukkan oleh Papua New Guinea 10-56. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain