suria

Chong Wei Mara Ke Akhir, Bertemu Pemain England

NEW DELHI: Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei telah mengesahkan tempat dalam acara badminton lelaki perseorangan akhir pada Sukan Komanwel ke-19 di sini pada Selasa.

Beliau semakin hampir untuk merangkul pingat emas selepas menewaskan pemain tuan rumah Chetan Anand 21-11, 21-12 di Kompleks Sukan Siri Fort.

Ketika menyatakan keazaman menggenggam emas pada pertemuan Rabu, Chong Wei berkata: "Saya masih dahagakan emas kerana ini mungkin merupakan kali terakhir saya beraksi pada Sukan Komanwel."

Bercakap pada sidang akhbar selepas perlawanan menentang pemain India, beliau mengaku tidak ada tekanan langsung bagi menewaskan Chetan kerna minda fokus kepada perlawanan tersebut berbanding lawan atau faktor luaran lain.

Sementara itu, Chetan mengaku menyesal kerana beliau melakukan terlalu banyak kesilapan.

Mengenai persembahan Chong Wei, beliau berkata: "Memang saya tertekan menentang pemain nombor satu dunia dan saya berasa kagum dengannya".

Pada perlawanan akhir, Chong Wei akan bertemu Rajiv Ouseph dari England yang menewaskan Kashyap Parupalli dari India 19-21, 21-12, 21-18. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain