suria

Pasukan Hoki Wanita Gagal Menyerlah Di Sukan Komanwel 2010

NEW DELHI: Pasukan hoki wanita Malaysia mempamerkan aksi hambar dalam Sukan Komanwel 2010 ini apabila kalah 1-2 kepada pasukan Trinidad and Tobago untuk menduduki tempat tercorot dalam saingan.

Malaysia tumpas di tangan pasukan dari Caribbean itu dalam perlawanan penentuan tempat ke-sembilan dan ke-10 di Major Dhyan Chand National Stadium di sini hari ini.

Selepas separuh masa pertama berlalu tanpa jaringan, pasukan Trinidad and Tobago membuka jaringan apabila Blair Wynnes mengambil bola yang melantun dari satu pukulan sudut penalti.

Fazilla Sylvester Silin menyamakan kedudukan beberapa minit kemudian, namun pasukan lawan menjaringkan gol kemenangan pada minit-minit terakhir menerusi jaringan Stacey-Ann Siu Butt.

Pada Sukan Komanwel 2006 di Melbourne, pasukan hoki wanita negara menduduki tempat ke-enam.

Sementara itu penyandang juara Australia menewaskan England 1-0 untuk menempah tiket ke perlawanan akhir menentang sama ada New Zealand atau Afrika Selatan, Rabu ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Aksi Atlet Malaysia Hari Ini

Artikel Lain