suria

Marseille Rancang Saman De Jong

MARSEILLE merancang untuk mengambil tindakan udnang-undang terhadap pemain tengah Manchester City, Nigel de Jong yang mengasari Hatem Ben Harfa minggu lalu.

Pemain kebangsaan Belanda itu direhatkan selepas melakukan kekasaran terhadap Ben Arfa sehingga mematahkan tulang kakinya.

Keluarga Ben Arfa yang berang dengan kejadian itu memberitahu akan mengambil tindakan di atas apa yang berlaku.

“Kami akan kemukakan ganti rugi terhadap De Jong. Ia adalah satu tindakan untuk seseorang itu agar dia bertanggungjawab,” kata mereka dalam satu kenyataan.

Sementara itu, De Jong bersetuju untuk berdiam diri ketika ini setelah digugurkan daripada skuad kebangsaan oleh jurulatih Bert van Marwijk.

“Ia merupakan tindakan liar yang sepatutnya tidak berlaku pada pihak lawan. Dia terlalu melampau.

“Saya menghadapi masalah selepas dengan Nigel selepas apa yang dilakukannya itu. Saya akan bercakap dengannya,” kata van Marwijk.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Aksi Atlet Malaysia Hari Ini

Artikel Lain