Nur Ayuni Dan Nur Suryani Akhiri Kemarau Emas Sukan Menembak - Sukan | mStar

Nur Ayuni Dan Nur Suryani Akhiri Kemarau Emas Sukan Menembak

NEW DELHI: Skuad menembak negara akhirnya memecah kebuntuan pingat emas dalam temasya Sukan Komanwel apabila gandingan Nur Ayuni Halim dan Nur Suryani Mohd Taibi menjuarai acara 10m air rifle berpasangan di sini, Sabtu.

Gandingan negara itu menghadiahkan emas keenam negara dengan mengumpul 793 mata, hampir melepasi rekod 795 mata yang dicipta oleh India pada edisi 2002 di Manchester, England.

Penembak wanita itu menamatkan kemarau emas dan menebus kekecewaan pada dua temasya itu sebelum ini apabila kali terakhir negara membidik emas pada Sukan Komanwel Kuala Lumpur pada 1998.

Edisi 2002 di Manchester, England dan disusuli di Melbourne, Austrlia empat tahun kemudian, Malaysia gagal membutirkan kilauan emas baik dalam kategori lelaki mahupun wanita.

Dalam saingan di Lapang Sasar Dr Karni Singh di sini, Singapura meraih pingat perak dengan mengumpul 790 mata manakala penembak tuan rumah India memperoleh pingat gangsa dengan 785 mata.

"Kami menyudahkan cabaran dengan baik dengan rakan sepasukan (Nur Suryani) memang menunjukan kehandalannya. Saya amat bangga kerana mahu melakukan apa yang terbaik untuk pasukan dan negara," kata Nur Ayuni selepas kemenangan itu.

Jurulatih negara Saidov Isroil berkata beliau bangga dengan pencapaian anak buahnya itu.

"Saya bangga bukan sahaja kerana menang emas tetapi keputusannya yang cemerlang. Lagipun ini adalah kali kedua dalam sejarah Sukan Komanwel, Malaysia menang emas dalam acara menembak selepas kali terakhir pada 1998," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Salah Pilih Tayar Punca Terbabas:Zamri

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain