suria

The Red Berdepan Pemotongan Sembilan Mata

LIVERPOOL mungkin berdepan risiko pemotongan sembilan mata jika Kop Holdings terlibat dalam urusan pentadbiran.

Pada awalnya, Liga Perdana mempertimbangkan untuk tidak mengenakan denda terhadap kelab itu berhubung campur tangan Kop Holding tetapi kini pemotongan sembilan mata menjadi ancaman utama.

The Royal Bank of Scotland berkemungkinan besar memberi kelonggaran kepada Kop Holdings, syarikat yang dimiliki Tom Hicks dan George Gillet campur tangan dalam urusan pentadbiran jika kedua-duanya terus membantah pengambil alihan kelab itu oleh New England Sports Ventures.

Di bawah peraturan Liga Perdana, Kop Holdings begitu prihatin mengenai pemilikan Liverpool dan perkara berkaitan bola sepak yang boleh memberi masalah besar kepada kelab itu.

"Ia belum jelas sama ada denda pemotongan sembilan mata itu akan dikenakan tetapi ia membawa masalah besar," kata jurucakap Liga Perdana yang enggan dikenali kepada Persatuan Media Sukan.

Perbicaraan mengenai bantahan Hicks dan Gillett ke atas pengambil alihan Liverpool akan bermula di Mahkamah Tinggi, minggu depan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain