suria

Pasukan Recurve Wanita Malaysia Gagal Rebut Gangsa

NEW DELHI: Trio memanah wanita negara gagal merebut pingat gangsa dalam acara Recurve di kejohanan Sukan Komanwel 2010 setelah tewas kepada pasukan Kanada di Kompleks Sukan Yamuna di sini, Jumaat.

Shaira Abdul Halim, S. Ambaras dan Ng Sui Kim hanya memungut 192 mata berbanding pemanah Kanada Marie- Pier Beaudet, Allana McDougall dan Kateri Vrakking yang mengumpul 202 mata.

Sebelum itu pasukan negara tewas di peringkat separuh akhir kepada India setelah memungut 185 mata berbanding 213 mata yang dipungut oleh Devi Bombayala, Deepika Kumari dan Dola Benerjee.

Pemanah India kemudiannya memenangai pingat emas setelah mengumpul 207 mata mengalahkan pemanah England Alison Jane Williamson, Naomi Anne Folkard dan Amy Lee Oliver untuk memungut pingat perak dengan mengumpul 206 mata. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain