suria

Van Marwijk Akui De Jong Melampaui Batas

van Marwijk tidak menyenaraikan de Jong (kiri) pada perlawanan Kelayakan Euro 2012 menentang Moldova Jumaat ini.
van Marwijk tidak menyenaraikan  de Jong (kiri) pada perlawanan Kelayakan Euro 2012 menentang Moldova Jumaat ini.
van Marwijk tidak menyenaraikan de Jong (kiri) pada perlawanan Kelayakan Euro 2012 menentang Moldova Jumaat ini.

JURULATIH Belanda, Bert van Marwijk menegaskan bahawa pemain tengahnya, Nigel de Jong telah melampaui batas dan terpaksa digugurkan daripada skuad kebangsaan.

Naib juara Piala Dunia 2010 ini bakal berdepan dengan Moldova pada Kelayakan Euro 2012 Jumaat ini tanpa pemain Manchester City itu yang telah melakukan terjahan kasar kepada pemain Newcastle United, Hatem Ben Arfa sehingga patah kaki pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) Ahad lalu.

“Kali ini Negel telah melampaui batas dan ia satu kejadian memalukan. Ben Arfa telah patah kaki tetapi dia hilang turut ‘hilang kaki’. Saya tidak boleh menggunakan pemain seperti dia dalam perlawanan yang penting ini.

“Saya tidak mengambil masa lama untuk membuat keputusan ini,” katanya.

Sebelum ini de Jong juga turut dikaitkan dengan beberapa kontroversi termasuk melakukan terjahan keras ke dada pemain Sepanyol, Xabi Alonso pada perlawanan akhir Piala Dunia Jun lalu.

“Saya telah bercakap dengannya Isnin lalu dan dia turut kecewa namun saya pasti dia faham keputusan dibuat ini.

“Saya pernah berbincang dengannya mengenai kesalahan yang dibuat dan dia tidak pernah melampau seperti ini,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain