suria

Henry Semakin Hampiri Liverpool

Henry menerima tentangan daripada pemilik Liverpool untuk mengambil alih kelab itu.
Henry menerima tentangan daripada pemilik Liverpool untuk mengambil alih kelab itu.
Henry menerima tentangan daripada pemilik Liverpool untuk mengambil alih kelab itu.

PEMILIK pasukan besbol Boston Red, John W Henry berada pada landasan terbaik untuk mengambil alih Liverpool dan akan berusaha untuk memenangi hati peminat kelab bola sepak itu.

Di saat Lembaga Pengarah Liverpool bersetuju untuk menjual kelab itu kepada New York Sports Ventures (NESV) milik Henry bernilai 300 juta pound (RM1.47 bilion).

Pengambil alihan itu mungkin terpaksa diheret ke mahkamah selepas menerima tentangan daripada pemilik Liverpool.

Sehingga kini, peminat Liverpool tertanya-tanya apakah yang boleh dilakukan Henry yang terkenal dengan sifat pemalu untuk mengubah nasib kelab itu selepas mengharungi kempen awal musim yang menghambarkan dalam tempoh lebih 50 tahun.

NESV memberi jaminan untuk mengembalikan zaman kegemilangan The Reds yang kelihatan terumbang ambing sejak kebelakangan ini.

"Dari perspektif PR, mereka mempamerkan persembahan mantap di atas padang. Mereka akan mengulangi kejayaan itu di Liverpool," kata pemilik francais Major League Soccer di Utah, David Checketts.

Lahir di Quincy, Illinois, Henry yang memperluaskan empayarnya menerusi perdagangan amat meminati sukan besbol sejak kecil dan menjadikan St.Louis Cardinals sebagai kelab kesayangannya.

"Minatnya terhadap nombor hadir menerusi keghairahannya terhadap besbol. Dia mungkin segan untuk bertemu media tetapi Henry akan cuba memenangi hati peminat Liverpool secepat mungkin," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain