suria

Pemanah Malaysia Mara Ke Separuh Akhir

NEW DELHI: Pasukan pemanah wanita Malaysia menewaskan Singapura dalam acara recurve berpasukan pada pusingan suku akhir pada temasya Sukan Komanwel 2010 di sini hari ini.

Shahira Abdul Halim, Ambarasi Subramaniam dan Ng Sui Kim mengenepikan pemanah Singapura, Leng Cheok, Vanessa Loh Tze Rong dan Wendy Tan Liu Jie.

Dalam acara recurve peringkat suku akhir lelaki berpasukan, pemanah Malaysia mengalahkan pasukan Bangladesh.

Abdul Rahim Muhammad Izzudin, Cheng Chu Sian dan Arif Farhan Ibrahim Putera menewaskan pemanah Bangladesh, Md Emdadul Haque, Shiek Sojeb dan Zia Ziaul Hoq.

Pemanah Malaysia bagi acara berpasukan compound wanita peringkat suku akhir pula membuktikan penguasaan mereka dengan menewaskan pasukan Scotland.

Sarita Cham Nong, Nor Rizah Ishak dan Fatin Nurfatehah Mat Salleh menang ke atas Claudine Gabrielle Jennings, Susan Helen Maitland dan Tracey Margaret McGowan.

Bagaimanapun, pemanah lelaki bagi kategori compound negara pula gagal melepasi peringkat suku akhir apabila tewas kepada Australia.

Mohd Kharuddin, Hon Keong Lang dan Mahazan Muhammad Zaki gagal mengekang kemampuan pemanah Australia yang dibarisi oleh Patrick James Coghlan, Clint Leslie Freeman, dan Robert James Timms. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain