suria

Komanwel: Malaysia Menang Mudah ke Atas Isle of Man Dalam Acara Pasukan

NEW DELHI: Malaysia memulakan cabaran dalam acara badminton pada Sukan Komanwel ke-19 apabila dengan mudah menewaskan Isle of Man 5-0 dalam acara berpasukan Kumpulan A di Kompleks Sukan Siri Fort di sini pada Isnin.

Gandingan Koo Kien Keat dan Chin Ee Hui memberikan mata pertama dengan menewaskan Matthew Wilkinson/Kimberly Helen Clague 21-5, 21-7 dalam acara beregu campuran.

Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei pula menambah pungutan mata dengan menundukkan Joshua Green 21-16, 21-6 dalam perseorangan lelaki.

Pemain wanita utama negara Wong Mew Choo mengalahkan Cristen Elizabeth Callow 21-6, 21-6.

Dalam acara beregu lelaki, gandingan Chan Peng Soon/Muhammad Hafiz Hashim mengalahkan Green/Wilkinson 21-10, 21-6 manakala Goh Liu Ying/Woong Khe Wei menewaskan Clague/Callow 21-7, 21-12 dalam acara beregu wanita.

Skuad negara akan menentang Seychelles dalam perlawanan kumpulan pada malam Isnin. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain