suria

The Blues Terus Kuasai Kedudukan Liga

PASUKAN Chelsea meneruskan aksi cemerlang mengetuai kedudukan liga selepas menundukkan Arsenal, 2-0 pada saingan Liga Perdaan Inggeris (EPL) di Stamford Bridge Ahad.

Gol awal The Blues dihasilkan oleh Didier Drongba yang sekaligus menjadikan gol keenamnya musim ini dengan penuh gaya menarik, mendahului lawan lima minit sebelum separuh masa pertama tamat.

Manakala Alex menambah jaringan pada minit ke-85 permainan.

Biarpun pada awal permainan Arsenal dilihat lebih banyak melakukan serangan manakala aksi Chelsea sedikit hambar, namun jaringan pertama Drogba mengubah corak permainan kepada lebih sengit pada separuh masa kedua.

Bagaimanapun The Gunner gagal menembusi pintu gawang yang dijaga rapi Petr Cech.

Sementara itu, Liverpool terus mengalami mimpi ngeri apabila kalah kepada kepada Blackpool 0-2 di Stadium Anfield.

Pengurus pasukan, Roy Hodgson berkata, pada separuh masa pertama peratusan pasukannya memegang bola adalah seimbang dengan pihak lawan, tetapi mereka gagl menggunakan peluang itu dengan baik.

“Keputusan ini adalah mimpi ngeri kami. Ia sangat teruk dan tidak apa lagi yang boleh saya cakapkan. Pada saat ini ia masih lagi kabur dan sangat sukar untuk berhadapan dengan ini.

“Walaupun masih lagi ada 31 baki perlawanan, tetapi apabila kamu berada dalam kedudukan di bawah, perlawanan semakin sukar.

“Apa pun saya tidak mahu memikirkan keadaan itu kerana masih banyak lagi perlawanan yang perlu di hadapi,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain