suria

SIC Tawar Tiket Bernilai RM10

SEPANG: Pihak penganjur dan promosi Grand Prix Motosikal Shell Advance Malaysia menyediakan sebanyak 5,000 tiket dengan hanya RM10 setiap satu kepada peminat-peminat sukan permotoran tanah air bagi menyaksikan perlumbaan Kejuaraan Dunia MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Ahad ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Razlan Razali berkata, tawaran ini hanya kepada tiket untuk hari terakhir perlumbaan pada 10 Oktober dan peminat akan berada di Hillstand B yang menyaksikan pemandangan di bahagian selatan termasuk pemandangan penuh di bahagaian belakang dan Turn 9,10,11,12,13 dan 14.

“Hanya 5,000 tiket ditawarkan dan kami akan menutup penjualan ini pada hari Jumaat ini. Kami berharap peminat semua boleh membelinya awal kerana takut kemungkinan tiket-tiket ini habis sebelum Jumaat,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun promosi ini hanya boleh dibeli di kaunter tiket di SIC, KL Sentral atau di lokasi promosi Malaysia GP di Pavillion serta KLCC.

Sepang bakal menjadi tuan rumah pusingan ke-15 MotoGP dari 8 hingga 10 Oktober ini dan dijangka seramai 120,000 orang peminat akan berkunjung ke sini termasuk lebih kurang 60,000 penonton pada hari perlumbaan.

Sementara itu, pada perlumbaan tahun lalu SIC mencipta sejarah tersendiri apabila menerima 59,206 orang penonton pada hari perlumbaan dan kunjungan ini merupakan jumlah tertinggi dalam tempoh 19 tahun.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain