suria

Piala Agong: KRM Tutup Pintu Kepada Pemain Import

KUALA LUMPUR: Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) telah membatalkan peraturan penggunaan dua pemain warga asing dalam setiap perlawanan Piala Agong mulai edisi ke-28 tahun ini.

Pengarah Pertandingan Ragbi KRM, Mejar Khalid Hamzah berkata Majlis KRM telah memutuskan hanya pemain tempatan sahaja layak mewakili ahli gabungan persatuan itu pada kejohanan itu.

"Ini membolehkan pasukan pada kejohanan berprestij itu dapat melahirkan pemain baru yang berbakat besar untuk skuad kebangsaan selaras dengan kedudukan Malaysia di ranking ke-57 Lembaga Ragbi Antarabangsa (IRB)," katanya dalam kenyataan di sini Khamis.

Sementara itu, presiden KRM Datuk Amiruddin Embi berkata format kejohanan Piala Agong tahun ini diubah di mana pasukan negeri tidak perlu melalui kejohanan kelayakan -- Piala KRM dan Piala Presiden.

Sebaliknya, katanya, kejohanan tahun ini dijalankan dalam dua pusingan iaitu pusingan Kumpulan Liga dari 2 hingga 16 Okt ini dan pusingan kalah mati dari 19 hingga 25 Oktober.

Senarai Pasukan Piala Agong 2010:

Kumpulan:

A: Kedah, ATM, Perlis, Pulau Pinang, Perak.

B: Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Kuala Lumpur, Selangor

C: PDRM, Putrajaya, Kelantan, Terengganu, Pahang. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Wigan Benam Wolves 2-0

Artikel Berikut

Artikel Lain