suria

Muhd Shafiq Perlu Atasi Rasa Gementar

KUALA LUMPUR: Juara kebangsaan bagi acara tenpin boling, Muhd Shafiq Ridwan yang pertama kali beraksi di Sukan Asia, mengakui perlu mengatasi rasa gementarnya sebelum temasya di Guangzhou itu berlangsung dari 12 hingga 27 November.

Shafiq, pemenang pingat emas dalam Kejohanan Kebangsaan tahun lepas berkata jika dia dapat mengatasi masalah itu, sasaran sekurang-kurangnya pingat gangsa pasti dapat dicapai.

"Memang saya akui saya berasa sedikit gementar memandangkan ini merupakan penampilan pertama di Sukan Asia tetapi saya harus mengatasi masalah itu supaya tidak menjejaskan corak permainan saya," katanya Khamis.

Muhd Shafiq berkata dia kini menjalani latihan bersama skuad kebangsaan yang diadakan di Megalanes Endah Parade di Sri Petaling sejak tahun lepas di bawah kendalian ketua jurulatih Malaysia, Holloway Cheah.

Antara pemain yang akan bersama-sama dengan Muhd Shafiq pada temasya Sukan Asia nanti ialah Adrian Ang, Alex Liew, Abdul Malek, Aaron Kong, Zulmazran Zulkifli dan Muhd Nur Aiman Khairuddin.

Pasukan wanita terdiri daripada Zatil Iman Abdul Ghani, Zandra Aziela Ibrahim Hakimi, Esther Cheah, Sin Li Jane, Sharon Koh dan Shalin Zulkifli.

Skuad tenpin bowling menyumbang tiga daripada lapan emas yang diraih oleh kontinjen Malaysia pada Sukan Asia ke-15 di Doha, Qatar pada 2006.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Wigan Benam Wolves 2-0

Artikel Berikut

Artikel Lain