suria

Terry Masih Berbisa

Terry gembira selepas menjaring gol awal untuk pasukan dan gol pertamanya musim ini.
Terry gembira selepas menjaring gol awal untuk pasukan dan gol pertamanya musim ini.
Terry gembira selepas menjaring gol awal untuk pasukan dan gol pertamanya musim ini.

KELIBAT pemain pertahanan Chelsea, John Terry kembali menjadi tumpuan apabila berjaya menjaringkan gol awal pasukannya sebelum Nicolas Anelka menambah jaringan pada perlawanan Kumpulan F Liga Juara-Juara menentang Marseilla di Stamford Bridge awal pagi Rabu.

Terry menjaringkan gol pada minit ke-7 permainan, manakala Anelka menambah duka Marseilla pada minit ke-28.

Biarpun beraksi tanpa penyerang utama, Dider Drogba kerana digantung perlawanan serta Frank Lampard yang cedera, Chelsea dilihat mendominasi permainan mendahului pihak lawan sehingga ke wisel penamat dengan keputusan 2-0.

Sementara itu, skuad Arsenal menang 3-1 ke atas Partizan Beograd sekali gus menutup mulut pengkritik yang meragui aksi hambar anak buah Arsene Wenger sebelum ini.

Artikel Sebelum

Zulfahmi Mahu Pungut Mata Di Jepun

Artikel Berikut

Artikel Lain