suria

Saya Kecewakan Liverpool: Deschamps

Deschamps (dua kiri) memberi arahan kepada pasukannya pada sesi latihan di Stadium Stamford Bridge, London menjelang perlawanan menentang Chelsea awal pagi Rabu.
Deschamps (dua kiri) memberi arahan kepada pasukannya pada sesi latihan di Stadium Stamford Bridge, London menjelang perlawanan menentang Chelsea awal pagi Rabu.
Deschamps (dua kiri) memberi arahan kepada pasukannya pada sesi latihan di Stadium Stamford Bridge, London menjelang perlawanan menentang Chelsea awal pagi Rabu.

JURULATIH Marseille, Didier Deschamps mengakui bahawa dia telah mengecewakan Liverpool selepas menolak tawaran bagi mengendalikan pasukannya itu sebelum Roy Hodgson memimpin kelab Liga Pedana Inggeris (EPL) Julai lalu.

Jurulatih kelahiran Perancis yang bakal berdepan dengan bekas kelabnya, Chelsea awal pagi Rabu ini berkata, dia teruja dengan tawaran itu namun dia mengambil keputusan untuk menolaknya kerana tidak mahu meninggalkan majikannya di Liga 1.

“Saya sangat bangga kerana kelab besar seperti Liverpool berminat mendapatkan khidmat saya musim panas lalu.

“Tetapi untuk berlaku adil, ia bukanlah masa yang sesuai kerana saya baru memulakan latihan pra-musim bersama Marseille dan saya tidak rasa peminat atau pegawai kelab ini bersetuju selepas dua hari bersama mereka.

“Kami (Deschamps and Liverpool) telah mengadakan perjumpaan yang panjang sebelum ini, “ katanya.

Sementara itu, Deschamps yang menghabiskan musim 1999-2000 bersama Chelsea dengan meraih juara Piala FA mengakui pasukan Chelsea sudah berubah berbanding sebelum ini.

“Keadaan di Stamford Bridge sekarang sudah berbeza berbanding ketika saya di sana dulu. Saya mempunyai kenangan indah di sana yang mana salah satunya kami bermain di hadapan penonton yang setia memenuhi stadium, tidak kira apa jua keadaan yang berlaku,” katanya.

Chelsea yang kalah dalam dua perlawanan sebelum ini sedikit tergugat apabila bekas penyerang Marseille, Didier Drogba masih lagi dalam penggantungan, namun Deschamps yakin juara EPL ini masih dianggap sebagai ancaman.

“Ia hanya satu kurang buat Ancelotti. Mereka mempunyai skuad yang besar dan penuh dengan pengalaman, tetapi perlawanan seperti ini memerlukan sedikit penelitian dan saya harap kami akan menang,” katanya.

Selain Drogba, Frank Lampard dan Salomon Kalou turut tidak beraksi kerana mengalami kecederaan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain