Kontinjen Kedua Negara Berlepas Ke New Delhi

SEPANG: Kontinjen negara merangkumi 93 atlet dan pegawai diketuai ketua kontinjen Tan Sri Abdul Halil Abdul Mutalib berlepas ke New Delhi, India, untuk menyertai Sukan Komanwel ke-19.

Kontinjen kedua itu adalah yang terbesar selepas skuad boling padang berlepas ke ibu negara India itu, Jumaat lepas.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Razali Ibrahim berkata kontinjen tersebut turut diiringi dua orang pegawai polis selaku pegawai kontinjen untuk menjaga keselamatan atlet di sana.

Bercakap kepada pemberita selepas mengucapkan selamat jalan kepada kontinjen itu di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini, Selasa, beliau berharap sebarang kekurangan di temasya itu dapat ditangani oleh pihak penganjur sebelum temasya itu bermula Ahad ini.

Kontinjen hari ini merangkumi enam anggota skuad gimnastik, angkat berat, akuatik, memanah, badminton dan berbasikal.

Malaysia, yang menghantar 201 atlet dan 95 pegawai dalam menyertai dalam 17 jenis sukan pada temasya itu, mensasarkan 10 pingat emas iaitu jumlah sama semasa Kuala Lumpur menjadi tuan rumah pada 1998. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Zulfahmi Mahu Pungut Mata Di Jepun

Artikel Berikut

Klik

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain