Stadium Makmur Mungkin Tidak Dapat Digunakan Musim Ini - Sukan | mStar

Stadium Makmur Mungkin Tidak Dapat Digunakan Musim Ini

KUANTAN: Stadium Darul Makmur mungkin tidak dapat digunakan sepanjang pertandingan bola sepak Piala Malaysia musim ini berikutan tahap pencahayaan lampu limpah yang tidak menepati kehendak piawaian ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Ahli Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Dr Omar Othman berkata, persatuan itu telah menghantar petugasnya bagi memeriksa tahap pencahayaan di stadium itu malam tadi selepas perlawanan Pahang menentang Kuala Lumpur pada 17 Sept lepas terpaksa ditangguhkan kerana mengalami masalah lampu limpah.

"Berdasarkan pemeriksaan yang dilakukan di sekeliling padang menunjukkan bacaan cahaya hanya mencecah 685 watt berbanding 800 watt mengikut piawaian yang ditetapkan.

"Justeru, perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM pada 2.30 petang 30 September ini bagi menentukan sama ada stadium ini akan terus digunakan," katanya kepada pemberita selepas meninjau cahaya lampu di Stadium Darul Makmur di sini, Ahad.

Sebelum ini, Perbadanan Stadium Darul Makmur yang bertanggungjawab menguruskan stadium berkenaan telah mengambil langkah menukar lebih 50 mentol lampu bagi meningkatkan tahap pencahayaan di stadium berkenaan.

Hampir RM90,000 telah diperuntukkan bagi menyelesaikan masalah itu yang turut mendapat bantuan kewangan daripada kerajaan Pahang.

Bagaimanapun, Omar yang juga Naib Presiden 1 Persatuan Bola Sepak Pahang berkata, ia masih belum mencapai tahap cahaya yang diperlukan.

Perlawanan Pahang menentang Kuala Lumpur pada 17 Sept lepas terpaksa ditangguhkan selepas satu daripada tiang lampu stadium berkenaan gagal berfungsi sehingga mengundang rasa tidak puas hati penonton yang hadir.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM Datuk Hamidin Mohd Amin sebelum ini telah mengumumkan perlawanan antara kedua-dua pasukan berkenaan ditangguhkan kepada malam ini di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Impian Zulfahmi Musnah

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain