suria

Houllier Ikat Kontrak Tiga Tahun Di Villa Park

Houllier akan mengemudi Villa selama tiga tahun.
Houllier akan mengemudi Villa selama tiga tahun.
Houllier akan mengemudi Villa selama tiga tahun.

PENGURUS Aston Villa, Gerard Houllier akhirnya menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama kelab itu.

Houllier bersetuju untuk mengisi kerusi panas yang ditinggalkan Martin O'Neill lebih dua minggu lalu.

Beliau mendedahkan telah mencapai persetujuan dengan pemilik Villa, Randy Lerner secara rasmi pada Rabu lalu.

Namun pengurus berusia 63 tahun itu menamatkan teka-teki berhubung masa depannya di Villa Park yang akan menyaksikannya kekal sehingga musim 2012/2013.

Houllier akan memulakan tugas pertamanya dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas meninggalkan kariernya sebagai pengurus lebih enam tahun ketika Villa bertemu Wolves di Molineux pada Ahad.

Kali terakhir beliau menggalas tanggungjawab di atas padang adalah sebagai pengurus Liverpool pada Mei 2004.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain