PLBM Sahkan Siti Zalina Bebas Dari Kecederaan - Sukan | mStar

PLBM Sahkan Siti Zalina Bebas Dari Kecederaan

KUALA LUMPUR: Persekutuan Lawn Bowls Malaysia (PLBM) mengesahkan bahawa ratu boling padang negara, Siti Zalina Ahmad bebas dari sebarang kecederaan dan kini komited untuk memburu hatrik pingat emas pada temasya Sukan Komanwel di New Delhi, India yang akan bermula dari 3 hingga 14 Oktober ini.

Timbalan presidennya Jamal Abdul Nasir Bakar berkata pembawa bendera Malaysia ke Sukan Komanwel itu kini telah pulih sepenuhnya setelah menjalani rawatan di Institut Sukan Negara (ISN) dan telah menjalani rawatan pembedahan kecil di sana.

"Setelah mendapat rawatan dari ISN saya yakin Siti Zalina tidak mempunyai masalah untuk beraksi cemerlang di New Delhi nanti," kata Jamal yang juga pengurus pasukan boling padang ke Sukan Komanwel, Khamis.

Siti Zalina mengalami kecederaan empat bulan lepas ketika beraksi pada kejohanan pemanas badan di di Paroi, iaitu Kejohanan Enam Pasukan.

Beliau kini menduduki ranking keempat dunia dan pernah memperolehi dua kali pingat emas ketika beraksi pada Sukan Komanwel di Melbourne, Australia (2006) dan Manchester, England (2002).

Skuad boling padang menjadi pasukan utama dalam kontinjen negara yang akan berlepas ke New Delhi petang Jumaat. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Skuad Boling Padang Padang Berlepas Ke New Delhi

Artikel Berkaitan

default image

Aksi Atlet Malaysia Jumaat

Lebih Artikel

Zainuddin Maidin meninggal dunia

Enam lagi ahli Parlimen Umno keluar parti