Nicol Juarai Skuasy Terbuka Dunia Buat Kali Kelima - Sukan | mStar

Nicol Juarai Skuasy Terbuka Dunia Buat Kali Kelima

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara dan pemain Nombor Satu dunia Nicol David menjuarai Terbuka Dunia Wanita bagi kali kelima selepas menewaskan pemain pilihan Mesir, Omneya Abdel Kawy di bandar raya peranginan Laut Merah, Sharm El Sheikh.

Dengan kemenangan itu, beliau menyamai rekod pemain Australia Sarah Fitz-Gerald yang memenangi lima gelaran Terbuka Dunia.

"Fokus saya amat kuat sepanjang pertandingan. Saya benar-benar mahukannya.

Sayatidak mahu membiarkannya terlepas," kata anak kelahiran Pulau Pinang berumur 27 tahun itu seperti dipetik dalam laman web rasmi kejohanan, www.sohosquareworldopen.com.

Para pertemuan akhir, Nicol hanya mengambil masa sejam untuk mengenepikan Omneya dengan 11-5, 11-8 dan 11-6 dalam pertemuan pertama mereka di pusingan akhir terbuka dunia.

"Ia mengejutkan bahawa saya boleh berbuat sesuatu seperti yang telah dilakukan oleh Sarah, kerana beliau merupakan seorang pemain yang hebat.

"Beliau banyak membantu saya dan dengan jurulatih saya Liz (Irving) beliau memainkan peranan dalam apa yang telah saya buat," kata Nicol.

Katanya Sarah kini merupakan rakan sepelatihnya.

Tahun ini, Nicol, yang menjadi pemain Nombor Satu Dunia sejak Ogos 2006, telah memenangi kesemua enam gelaran Persatuan Pemain Skuasy Wanita Antarabangsa (Wispa) musim ini.

Bermula Mac tahun ini, Nicol telah memenangi Terbuka Chennai (7 Mac) dan Terbuka Kuala Lumpur (20 Mac) dan meneruskan rentak kemenangan kemudiannya di Terbuka Pulau Cayman pada 17 April.

Selepas dua bulan berehat, beliau kembali semula dan terus menerus memenangi perlawanan pada Terbuka Malaysia (24 Julai), Singapore Masters (31 Julai) dan Terbuka Hong Kong (29 Ogos). - BERNAMA

Artikel Sebelum

Messi Tersenarai Dalam Skuad Argentina

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Aksi Atlet Malaysia Jumaat

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain