suria

Piala Carling: United Isi Slot 16 Pasukan Terakhir

Smalling menggegar gawang lawan pada minit ke-36.
Smalling menggegar gawang lawan pada minit ke-36.
Smalling menggegar gawang lawan pada minit ke-36.

BEKAS penyerang England, Michael Owen menjaringkan dua gol untuk membantu Manchester United mara ke kelompok 16 pasukan terakhir selepas menundukkan Scunthorpe United 5-2, Rabu.

Josh Wright meletakkan Scunthorpe di depan seawal minit ke-19 sebelum Darron Gibson mengikat kedudukan tiga minit kemudian.

Pemain pertahanan Chris Smalling menyumbang gol kedua untuk meletakkan kedudukan 2-1 sebelum Owen menggandakan jaringan pada separuh masa kedua.

Pemain tengah dari Korea Selatan, Park Ji-sung membuka jaringan keempat menerusi rembatan bola rendah.

Owen melengkapkan gol kelima United sebelum Martyn Woolford menjaringkan gol kedua pasukan tuan rumah pada minit kecederaan.

Pengurus Sir Alex Ferguson tidak mengiringi anak buahnya ke Glanford Park kerana berada di Sepanyol untuk menyaksikan perlawanan di antara Valencia dan Atletico Madrid.

United akan bertemu Valencia pada aksi Liga Juara-Juara Eropah minggu depan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain