Skuad Kebangsaan Tetap Bertanding Pada Piala Suzuki AFF Di Jakarta - Annuar

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM), Tan Sri Annuar Musa berkata pasukan bola sepak negara akan tetap bertanding pada Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki di Jakarta Disember ini walaupun berlaku demonstrasi anti-Malaysia di sana.

Annuar yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berkata, keyakinan beliau berdasarkan keupayaan negara itu dalam menganjurkan beberapa acara berprestij seperti badminton.

"Saya yakin pihak Persatuan Sepak Bola Indonesia (PSSI) akan mengambil langkah-langkah wajar dalam memastikan keselamatan para pemain bola sepak kita.

"Selain itu, keyakinan saya turut bersandarkan kepada keupayaan mereka dalam menganjurkan beberapa kejohanan berprestij dunia termasuk badminton dan sebagainya, jadi kita harus memberi kepercayaan kepada mereka dalam menganjurkan pertandingan itu (Piala AFF Suzuki)," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Beliau diminta mengulas mengenai kebimbangan pasukan negara ke Jakarta berikutan gerakan anti-Malaysia dilancarkan oleh Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) di negara berkenaan baru-baru ini.

Katanya, badan bola sepak dunia, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa(FIFA) boleh mengambil tindakan ke atas Indonesia sekiranya mereka gagal memastikan keselamatan para pemain dan pegawai sewaktu kejohanan itu sedang berlangsung.

Ditanya mengenai sasaran untuk skuad kebangsaan, Annuar secara peribadi tidak meletakkan sasaran kepada skuad bola sepak negara tetapi mahu mereka memperbaiki pencapaian lepas.

"Tiada ada sasaran spesifik tetapi saya mahu mereka memperbaiki pencapaian lepas. Kalau permainan kita kurang sewaktu memenangi pingat emas dalam Sukan SEA, setidak-tidaknya, permainan kita lebih baik daripada negara-negara Asean," katanya.

Pada kejohanan tersebut dari 1 hingga 29 Disember ini, Malaysia disenaraikan dalam Kumpulan A bersama Indonesia, Thailand dan pemenang kumpulan pusingan kelayakan.

Kumpulan B disertai oleh juara bertahan Vietnam, Singapura, Myanmar dan naib juara kumpulan pusingan kelayakan.

Dua pasukan teratas dalam setiap kumpulan akan mara ke peringkat separuh akhir yang dijalankan secara timbal balik pada 15 dan 16 Disember dan 18 dan 19 Disember.

Perlawanan akhir secara timbal balik akan diadakan pada 26 dan 29 Disember ini. - BERNAMA

Artikel Berikut

Klik

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Artikel Lain

Bapa Afdlin Shauki meninggal dunia

Malaysia catat 9 kes positif Covid-19