suria

La Liga: Real Benam Espanyol

Ronaldo meraikan jaringannya ke atas Espanyol.
Ronaldo meraikan jaringannya ke atas Espanyol.
Ronaldo meraikan jaringannya ke atas Espanyol.

MADRID: Cristiano Ronaldo, Gonzalo Higuain dan Karim Benzema masing-masing menyumbang satu gol untuk membantu Real Madrid menewaskan Espanyol pada aksi La Liga, Selasa.

Pemain sayap Portugal itu menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-29 di Stadium Santiago Bernabeu.

Walaupun kedua-dua pasukan beraksi dengan hanya 10 pemain, Higuain menyudahkan hantaran Ronaldo dan gagal ditepis penjaga gol, Carlos Kameni untuk meletakkan kedudukan 2-0.

Benzema mengganti posisi Higuain dan berjaya melepasi dua pemain pertahanan Espanyol untuk melengkapkan gol ketiga kelab gergasi Sepanyol itu pada minit ke-88.

Madrid mengungguli kedudukan La Liga selepas mencatat kemenangan di tempat sendiri sebelum Valencia menentang Atletico Madrid hari ini.

"Keputusan itu membanggakan kerana ia perlawanan sukar. Ia gol penting untuk saya," kata Benzema.

Artikel Lain