Larian Mizuno Wave Sasar 5,000 Peserta - Sukan | mStar

Larian Mizuno Wave Sasar 5,000 Peserta

KUALA LUMPUR: Larian Mizuno Wave edisi 2010 menyasarkan seramai 5,000 peserta akan bersaing pada 17 Oktober ini di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Pengurus Jualan dan Pemasaran World Of Sports (M) Sdn Bhd, Glenny J Da Costa berkata, penyertaan tahun ini dijangka lebih meningkat memandangkan ada kategori baru dibuka kepada orang ramai.

“Tahun lalu kita hanya menyediakan larian separuh daripada UPM sahaja, namun tahun ini kita adakan jarak penuh.

"Ini adalah untuk memberi peluang kepada peserta menikmati keindahan semulajadi yang ada di sekitar UPM ini.

“Kita juga ada menyediakan kategori Fun Run terbuka kepada golongan wanita dan lelaki sejauh 5 kilometer.

"Saya percaya kategori Fun Run dapat menarik minat orang ramai walaupun tidak ada hadiah yang disediakan. Ia lebih kepada aktiviti sihat dan santai,” katanya kepada mStar Online di sini, Selasa.

Glenny berkata, tahun ini jumlah penyertaan dijangka meningkat memandangkan setakat ini sebanyak 3,000 telah diterima dan sasaran untuk mendapatkan 5,000 bakal tercapai.

“Tahun lalu seramai 4,100 orang peserta dan jumlah penyertaan meningkat setiap tahun,” katanya.

Sebanyak enam kategori dipertandingkan iaitu Terbuka Lelaki (13 tahun ke atas), Lelaki Veteran (40-50 tahun) dan Lelaki Senior Veteran (50 tahun ke atas), manakala kategori wanita pula terdiri daripada Terbuka Wanita (13 tahun ke atas), Terbuka Wanita Veteran (35 hingga 45 tahun) dan Wanita Senior Veteran (45 tahun ke atas).

Jarak larian kedua kategori ini adalah 11 kilometer.

Larian yang dijangka bermula 7.15 pagi ini menawarkan hadiah utama bernilai RM1000 bagi juara, RM800 (kedua),RM600 tempat ketiga, RM400 (keempat) dan RM200 bagi tempat kelima. Semua pemenang bakal mendapat trofi dan barangan tajaan.

Selain itu, 1,200 peserta pertama yang berjaya menamatkan larian dalam semua kategori akan menerima pingat khas, manakala semua peserta yang tamat bagi kategori 11km akan menerima beg terhad Mizuno dan barangan tajaan lain.

Sebarang maklumat boleh melayari www.myraceonline.com atau terus ke butik World of Sports Subang Jaya, Bangsar Village, Tropicana City Mall dan The Gardens.

Tarikh turut penyertaan ialah 30 September 2010.

Artikel Sebelum

Keputusan Perlawanan Piala Malaysia

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Jadual Acara Sukan Komanwel Selasa

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain