suria

Rajagobal Yakin Aksi Terbaik Malaysia di Piala Suzuki AFF

Rajagobal akui skuadnya bakal menghadapi saingan sengit Disember ini. Foto The Star/Chan Tak Kong
Rajagobal akui skuadnya bakal menghadapi saingan sengit Disember ini. Foto The Star/Chan Tak Kong
Rajagobal akui skuadnya bakal menghadapi saingan sengit Disember ini. Foto The Star/Chan Tak Kong

KUALA LUMPUR: Ketua Jurulatih bola sepak negara, K Rajagobal yakin skuadnya akan memberi persembahan terbaik biarpun berada dalam kumpulan maut pada aksi Piala Suzuki AFF (Persekutuan Bola Sepak ASEAN), Disember ini.

Walaupun tarikh pertandingan itu empat hari selepas temasya Sukan Asia, beliau mahu peminat sukan bola sepak tanah air menerima hakikat bahawa keputusan undian Piala Suzuki AFF telah dibuat dan skuad negara perlu menghadapinya dengan bijak.

Malaysia telah diundi berada Kumpulan A bersama tuan rumah, Indonesia, Thailand dan satu lagi pasukan yang akan ditentukan menerusi pusingan kelayakan.

Rajagobal berkata, barisan pemain negara akan memikul tugas ini sebaik mungkin biarpun hanya selepas empat hari menamatkan saingan di China.

“Saya yakin barisan pemain akan menunjukkan aksi terbaik mereka walaupun dalam masa yang agak singkat selepas beraksi pada Sukan Asia.

"Sebagai jurulatih, pastinya saya ingin melihat skuad akan beraksi sehingga peringkat akhir.

“Apa yang saya lihat, semua pemain-pemain yang bakal memikul cabaran ke Piala Suzuki AFF adalah mereka yang berpotensi besar, lebih-lebih lagi dalam jangka masa dua tahun akan datang.

“Sekiranya keputusan tidak memuaskan saya bukan membuat membuat alasan disebabkan pemain-pemain muda tetapi saya nampak potensi itu pada mereka. Saya harap kita semua sabar dan fokus apa yang saya kata ini,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan pemilihan program The Change untuk Akademi Nike, Sabtu.

Sementara itu beliau berkata, setakat ini skuadnya akan menumpukan kepada persiapan Sukan Asia yang akan bermula 27 November ini.

“Kami akan lebih tumpukan kepada Sukan Asia di China, dan selepas itu kita akan lihat apa yang berlaku,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain