suria

Pasukan Benua Terengganu Cari Pangkalan

KUALA TERENGGANU: Persatuan Lumba Basikal Terengganu (PLBT) bercadang untuk memilih sama ada Kuala Lumpur, Iran atau Australia sebagai pangkalan kepada pasukan lumba basikal profesional benua Terengganu.

Pemangku Setiausaha PLBT, Abdul Razak Abdullah berkata langkah memilih pangkalan di luar negara bertujuan memudahkan pendedahan antarabangsa kepada pasukan tersebut.

"Kita kini sedang mengkaji mana tempay yang sesuai untuk menjadi pengkalan pasukan tersebut," katanya, Khamis.

Abdul Razak berkata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said yang mengilhamkan penubuhan pasukan profesional tersebut bersetuju untuk memberi peruntukan sebanyak RM1.5 juta bagi pemilihan pangkalan itu.

Le Tour de Langkawi tahun depan dijangka menjadi pentas pertama untuk menguji kemampuan pasukan tersebut.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

EPL: Stoke City 2 - 1 Aston Villa

Artikel Lain