suria

Muller, Klose Penyelamat Bayern

PASUKAN Bayern Munich agak bernasib baik apabila jaringan lewat Thomas Muller dan Miroslav Klose pada minit terakhir perlawanan berjaya menundukkan AS Roma 2-0 pada kempen Liga Juara-juara (CL) awal pagi Khamis.

Jaringan Muller pada minit ke-79 dan Miroslav Klose minit ke-83 memberi kemenangan bermaksa kepada skuad Louis van Gaal ini.

Naib juara musim lalu ini mendominasikan permainan pada separuh masa kedua dan ia merupakan kali pertama kedua pasukan ini bertemu dalam perlawanan CL setelah Bayern menyingkirkan Roma pada saingan suku akhir Piala Juara-juara 1985.

Kini jurulatih Roma, Claudio Ranieri lebih berhati-hati dalam mengharungi dua lagi perlawanan menentang Cluj dan Basel bagi merebut kelompok akhir 16 pasukan bagi saingan seterusnya.

Katanya, ada perubahan dari segi permainan pasukannya berbanding sebelum ini yang mana pasukannya telah dikalahkan 1-5 kepada Cagliari dalam Serie A, Sabtu lalu.

Sementara itu, Arsenal juga turut berpesta gol setelah menundukkan Sporting Bara 6-0 bagi saingan Kumpulan H.

Gol-gol kemenangan dijaringkan oleh Cesc Fabregas (dua gol), Carlos Vela (dua gol), Andrei Arshavin dan Marouane Chamakh.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

EPL: Stoke City 2 - 1 Aston Villa

Artikel Lain