suria

United Gagal Serang Kubu Rangers

Valencia terpaksa diusung keluar padang selepas mengalami kecederaan pada perlawanan menentang Rangers, Rabu.
Valencia terpaksa diusung keluar padang selepas mengalami kecederaan pada perlawanan menentang Rangers, Rabu.
Valencia terpaksa diusung keluar padang selepas mengalami kecederaan pada perlawanan menentang Rangers, Rabu.

PASUKAN Manchester United (United) gagal meraih sebarang gol pada pertemuan pertama Liga Juara-juara (CL) bagi Kumpulan C menentang Rangers di Old Trafford, awal pagi Rabu.

Biarpun Rangers mempamerkan permainan secara bertahan, United tetap mempunyai beberapa peluang terbaik untuk menjaringkan gol, namun gagal dilaksanakan sekali gus mengikat kedudukan 0-0 sehingga wisel penamat dibunyikan.

Skuad Sir Alex Ferguson ini sedikit tergugat apabila salah seorang pemainnya, Antonio Valencia terpaksa dikeluarkan dan dibawa ke hospital kerana mengalami kecederaan di buku lali pada separuh masa kedua.

Satu lagi perlawanan Kumpulan C menyaksikan pasukan Bursaspor dibelasah Valencia 0-4.

Sementara itu, pada saingan Kumpulan A, juara musim lalu, Inter Milan terpaksa akur dengan keputusan seri 2-2 ketika bertemu Twente Enschede di De Grolsch Veste, Holland.

Manakala Werder Bremen dan Tottenham Hotspur turut seri 2-2.

Bagi Kumpulan B, pasukan Lyon menang 1-0 ke atas Schalke 04, manakala Benfica berjaya meraih dua gol tanpa balas ke atas pasukan Hapoel Tel Aviv.

Kumpulan D pula menyaksikan skuad Barcelona kendalian Pep Guardiola berjaya menebus kekecewaan dikalahkan Hercules Sabtu lalu dalam perlawanan La Liga, bangkit menundukkan Panathinaikos 5-1.

Jaringan Barca dilaksanakan oleh bintang Argentina, Lionel Messi pada minit ke-22 dan 45 manakala David Villa, Pedro dan Dani Alves masing-masing menyumbangkan satu gol.

Selain itu satu lagi perlawanan bagi kumpulan ini menyaksikan FC Copenhagen menang 1-0 ke atas Rubin Kazan.

Artikel Sebelum

Wenger Bangga Kebangkitan Fabregas

Artikel Berikut

Guardiola Tak Salahkan Pemain

Artikel Lain