suria

Sneijder Milik Inter hingga 2015

BINTANG Belanda, Wesley Sneijder akan terus menyarung jersi Inter Milan sehingga tahun 2015.

Berita ini pastinya mengecewakan beberapa kelab lain yang ingin mendapatkan khidmatnya biarpun kontrak asalnya akan tamat pada tahun 2013.

“Saya berharap penyambungan kontrak ini akan dilaksanakan secepat mungkin agar saya dapat terus membantu pasukan terus meraih kejuaraan. Kami telah bekerja keras untuk ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Sneijder yang sebelum ini bersama Real Madrid telah berpindah ke Inter 2009 turut membantu pasukannya meraih tiga gelaran tahun lalu termasuk Serie A, Liga Juara-juara (CL) dan Piala Italia.

Artikel Sebelum

Wan Jamak Tidak Mahu Dabik Dada

Artikel Berikut

Artikel Lain