suria

Satu Lagi Cabaran Untuk Penunggang Di Melaka

KUALA LUMPUR: Selepas berehat lebih sebulan semasa bulan puasa dan Hari Raya Aidilfitri, Pusingan-7 Kejohanan Cub Prix Petronas AAM Malaysia akan membawa satu lagi cabaran baru untuk penunggang yang akan diadakan di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 25 dan 26 September.

Pengarah Promosi Safe Aim Mutual Sdn Bhd, promosi untuk kejohanan ini, Ron Hogg berkata venue baru itu pada separuh kedua musim ini akan membawa lebih banyak kejutan pada kejohanan ini.

"Musim ini, trek Stadium Hang Jebat 1,101 meter merupakan gelanggang untuk semua penunggang. Ia mempunyai pusingan 'U', satu pusingan 'S', dua pusingan kanan dan satu pusingan kiri sementara trek lurus terpanjang hanya 330 meter.

"Dengan mengejar kejuaraan dalam semua kategori kian hebat, Melaka bersiap sedia untuk penunggang," katanya dalam kenyataan di sini Selasa.

Beliau berkata dalam pusingan sebelum ini, Teluk Intan, Perak merupakan venue baru dalam kalendar perlumbaan dan menyaksikan pemenang penunggang yang berlainan.

"Kita lihat Hafizh Syahrin Abdullah, 16 tahun dari Petronas Sprinta Yamaha Raceline dan Abdul Muhaimin Roslan, 19 tahun dari Shell Advance Yamaha Maju mendominasi kategori CP130 sementara Mohd Rozaiman Mohd Said dari Motul Yamaha YY Pang mendahului keseluruhan CP115 daripada Mohd Ramdan Mohd Rosli dari Petronas Sprinta Yamaha AHM Racing.

"Dengan mempunyai pemenang yang berlainan, ia menjadi lebih menarik dan mengejutkan untuk kejohanan itu," kata beliau.

Beliau berkata ini bukanlah pertama kali Melaka menjadi hos tetapi telah menjadi tempat satu tempat pilihan kejohanan ini sejak 1997.

Kejohanan ini telah diadakan di Ayer Keroh, Alor Gajah, Melaka dan terakhir di Litar Sukanpermotoran Antarabangsa Melaka (MIMC) pada tahun lepas. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Wan Jamak Tidak Mahu Dabik Dada

Artikel Berikut

Artikel Lain