suria

Neville Bakal Dilucutkan Gelaran Kapten

PENGURUS Manchester United, Sir Alex Ferguson mengesahkan status Gary Neville sebagai kapten pasukan tidak berpanjangan dan akan digantikan dengan pemain lain.

Pemain veteran ini mengambil alih tempat Roy Keane selepas meninggal Old Trafford.

Bagaimana pun sejak tiga musim yang lalu, prestasi Neville agak menurun setelah mengalami kecederaan berterusan dan digantikan sementara oleh Ryan Giggs.

Namun pada musim ini, nama Nemanja Vidic menjadi pilihan bagi memegang gelaran ketua pasukan ini setelah menunjukkan aksi konsisten dan turut menjaringkan gol pada perlawanan menentang Everton Sabtu lalu.

Menurut Ferguson, pasukannya mahukan seseorang yang boleh melakukan tugasan di atas padang.

"Setakat ini Gary masih kapten pasukan, namun saya merancang akan menggantikan dengan pemain lain.

"Saya memerlukan pemain yang konsisten setiap minggu. Semenjak dua tiga tahun kebelakangan ini gelaran kapten telah beberapa kali bertukar ganti," katanya.

Ferguson berkata, walaupun Gary turut beraksi minggu lalu, namun ia masih belum mencukupi.

"Kami tidak mempunyai kapten yang konsisten akibat kecederaan, namun saya perlu menilai keseluruhannya.

"Kami menghormatinya sepanjang dia di United. Dia sedar bahawa saya tidak menurunkannya setiap minggu.

"Dan saya mencari pemain yang mampu bermain setiap minggu," katanya.

Artikel Sebelum

Wan Jamak Tidak Mahu Dabik Dada

Artikel Berikut

Artikel Lain