suria

Ferguson Tagih Khidmat Rio, Rooney

Ferdinand sandaran utama Ferguson untuk memperkuat benteng pertahanan Red Devils.
Ferdinand sandaran utama Ferguson untuk memperkuat benteng pertahanan Red Devils.
Ferdinand sandaran utama Ferguson untuk memperkuat benteng pertahanan Red Devils.

RIO Ferdinand akan kembali beraksi selepas pulih daripada kecederaan manakala penyerang Wayne Rooney akan mengetepikan kisah kehidupan peribadinya ketika menentang Rangers pada aksi pembukaan Liga Juara-Juara Eropah, Selasa.

Rooney yang merayu supaya diberi ruang untuk bersendirian selepas spekulasi berhubung perkahwinannya, tidak diturunkan menentang Everton Sabtu lalu.

Pengurus Sir Alex Ferguson bertindak sedemikian untuk mengelakkan Rooney daripada menerima kritikan pedas peminat bekas kelabnya itu.

United mensia-siakan peluang untuk mengutip mata penuh apabila memberi ruang kepada Everton bangkit meledak gol penyamaan pada saat-saat akhir.

Ekoran itu, Ferguson kini bergantung sepenuhnya kepada kepulangan semula Ferdinand untuk memperkuat tembok pertahanan United yang baru saja pulih daripada kecederaan lutut sebelum aksi peringkat Kumpulan C di Old Trafford membuka tirainya.

"Saya percaya Rio akan beraksi, Selasa. Ia pertemuan di tempat sendiri dan kami perlu memanfaatkan peluang itu," kata Ferguson mengenai Rio yang baru saja pulih sejak bergelut dengan kecederaan, Jun lalu.

Sementara itu, Ferguson turut akan menurunkan Rooney yang masih dihantui detik-detik hitam dalam kehidupannya selepas skandal seks beliau dan dua pelacur dibongkar oleh media.

Juara Liga Scotland, Rangers meneruskan saingan di pentas Eropah menerusi jaringan dramatik Kenny Miller pada saat-saat akhir untuk menewaskan Hamilton Academical 2-1, Sabtu lalu.

Miller berkata Rangers yang gagal memenangi enam saingan kejuaraan Eropah musim lalu berharap agar nasib memihak kepada mereka ketika menentang United.

Artikel Sebelum

Terry Kembali Beraksi

Artikel Berikut

Alonso Unggul Di Grand Prix Itali

Artikel Lain