suria

Everton Ikat United Pada Saat Akhir

Pienaar meraikan jaringannya dengan Marouane Fellaini.
Pienaar meraikan jaringannya dengan Marouane Fellaini.
Pienaar meraikan jaringannya dengan Marouane Fellaini.

LONDON: Everton mempamerkan kejutan apabila bangkit pada saat-saat akhir untuk mengikat kedudukan 3-3 dengan Manchester United pada Sabtu.

Awalnya, United selesa di depan dengan kedudukan 3-1 menerusi jaringan Darren Fletcher, Nemanja Vidic dan Dimitar Berbatov selepas memadamkan gol pembukaan Everton, hasil percubaan cantik Steven Pienaar seawal minit ke-39.

Bagaimanapun, nasib tidak berpihak kepada Red Devils apabila Tim Cahill dan Mikel Arteta menjaringkan dua gol pada minit kecederaan bagi membantu pasukan itu memperoleh satu mata.

Ekoran dakwaan terlibat dengan skandal seks, penyerang United, Wayne Rooney tidak diturunkan menentang bekas kelabnya itu.

Percaturan Pengurus United, Sir Alex Ferguson yang meraikan perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) ke-700 sepanjang kariernya, tidak menurunkan Rooney akhirnya membawa padah ketika pasukan itu berkunjung ke Goodison Park kali ini.

Artikel Lain