suria

Toshack Letak Jawatan Selaku Pengurus Wales

JOHN Toshack (gambar) meletak jawatan sebagai Pengurus Wales selepas mengemudi pasukan itu hampir enam bulan.

Bekas pengurus Real Madrid mengumumkan keputusannya dalam satu sidang media yang disiarkan secara langsung di Cardiff.

Masa depan Toshack, 61, kelihatan samar selepas Wales tewas pada perlawanan pembukaan Kumpulan G kempen kelayakan Euro 2012 di Montenegro minggu lalu.

Beliau meletak jawatan dengan serta merta berkuat kuasa, Khamis.

"Rasa kecewa dengan satu atau dua perkara. Saya berbincang dengan presiden mengenai beberapa perkara selepas kekalahan itu dan menyuarakan pendapat saya. Kami bersetuju jika perubahan dibuat segera.

"Kini keputusan telah dibuat. Saya berharap agar mereka berupaya memperoleh keputusan memberangsangkan dalam dua perlawanan akan datang. Saya tetap akan menyokong pasukan ini," katanya.

Wales akan menerima kunjungan Bulgaria pada 10 Oktober ini sebelum berlepas ke Switzerland, empat hari kemudian dalam aksi peringkat Kumpulan G. Mereka akan bertemu England pada Mac depan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain