suria

Nadal Isi Slot Ke Separuh Akhir Terbuka AS

Nadal meraikan kemaraannya ke pusingan separuh akhir Terbuka AS.
Nadal meraikan kemaraannya ke pusingan separuh akhir Terbuka AS.
Nadal meraikan kemaraannya ke pusingan separuh akhir Terbuka AS.

NEW YORK: Pemain pilihan utama, Rafael Nadal bermula perlahan sebelum bangkit menewaskan Fernando Verdasco 7-5, 6-3, 6-4, Khamis yang menyaksikan pertemuan suku akhir pertama di antara dua pemain Sepanyol dalam sejarah Terbuka Amerika Syarikat (AS).

Verdasco berjaya mengheret perlawanan sehingga ke set ketiga sebelum Nadal mempamerkan permainan agresif dengan memanfaatkan kesilapan yang dilakukan pemain pilihan kelapan itu untuk menempah tiket ke pusingan separuh akhir buat kali ketiga di Flushing Meadows.

Nadal yang cuba melengkapkan kariernya dalam Grand Slam dengan memenangi Terbuka AS buat pertama kalinya akan bertemu pemain pilihan ke-12, Mikhail Youzhny dari Rusia, Sabtu.

Sementara itu pemain pilihan kedua, Roger Federer akan menentang Novak Djokovic pada pusingan separuh akhir berasingan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain