suria

Rossi Beri Penghormatan Terakhir

Tomizawa bersama trofi kemenangan pada perlumbaan di Qatar April lalu.
Tomizawa bersama trofi kemenangan pada perlumbaan di Qatar April lalu.
Tomizawa bersama trofi kemenangan pada perlumbaan di Qatar April lalu.

JUARA dunia, Valentino Rossi memberi penghormatan terakhir kepada penunggang Jepun, Shoya Tomizawa yang terkorban ketika perlumbaan Grand Prix di San Marino, Ahad lalu.

“Tidak ada apa yang penting lagi apabila kejadian seperti berlaku. Shoya adalah seorang baik.

“Ia adalah kemalangan yang teruk dan kami terpaksa meneruskan perlumbaan serta cuma memberi fokus selepas kemalangan itu,” katanya.

Tomizawa ,19, meninggal dunia setelah berlaku kemalangan selepas terjatuh di satu selekoh.

Dua pelumba lain yang berada rapat dengannya tidak dapat mengelak sekali gus turut berlaku perlanggaran.

Tomizawa telah mengalami kecederaan serius di bahagian dada, namun Alex de Angelis dan Scott Redding tidak mengalami kecederaan teruk.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Suter Racing, Eskil Suter berkata, Shoya lebih daripada seorang kawan dan menganggapnya seperti keluarganya sendiri.

“Dia disayangi oleh semua orang di paddock dan saya sangat bersimpati dengan apa yang berlaku kepada keluarganya serta pasukan,” katanya.

Suter mengakui, kejadian itu tidak dapat dielakkan oleh de Angelis dan Redding.

“Saya juga bersimpati kepada De Angelis dan our rider Scott Redd dan kejadian ini bukanlah salah mereka. Hari ini kita akui bahawa perlumbaan ini adalah berbahaya walaupun telah mengikuti keselamatan yang lengkap,” katanya.

Sebelum itu, Rossi yang patah tangan akibat kemalangan pada Grand Prix Itali Jun lalu turut memberi penghormatan kepada seorang lagi pelumba Jepun, Daijiro Kato yang nahas pada Grand Prix Jepun 2003.

Artikel Sebelum

MB Terengganu Kesal Kecaman PKBM

Artikel Lain