suria

Lampard, Terry Kembali Cergas

Lampard dan Terry mungkin turun memperkuat Chelsea, hujung minggu ini.
Lampard dan Terry mungkin turun memperkuat Chelsea, hujung minggu ini.
Lampard dan Terry mungkin turun memperkuat Chelsea, hujung minggu ini.

JOHN Terry dan Frank Lampard dilaporkan kini kembali cergas sepenuhnya menjelang pertemuan dengan West Ham, hujung minggu ini.

Mereka diketepikan dalam skuad England ketika bertemu Bulgaria dan Switzerland dalam kempen kelayakan Euro 2012 akibat kecederaan.

Namun pengurus Carlo Ancelotti memberi gambaran awal bahawa kedua-dua pemain itu sudah bersedia untuk diturunkan menentang The Hammers.

Terry bergelut dengan masalah hamstring manakala Lampard menjalani pembedahan di bahagian pangkal paha.

"Lampard menjalani pembedahan dan saya percaya dia akan kembali berlatih dengan segera. Saya tidak pasti bila tetapi akan melihat perkembangannya. Kami akan membuat keputusan untuk perlawanan menentang West Ham.

"Terry sudah menunjukkan sedikit peningkatan. Dia akan kembali berlatih bersama skuad minggu ini. Saya yakin dia akan diturunkan bertemu West Ham," kata Ancelotti.

Artikel Sebelum

MB Terengganu Kesal Kecaman PKBM

Artikel Lain