suria

Inzaghi Mahu Pecah Rekod Mueller

PENYERANG vateran AC Milan, Filipo Inzaghi (gambar) berazam untuk memecahkan rekod jaringan yang dipegangkan oleh bekas bintang Jerman, Gerd Mueller.

Pada musim lalu, Inzaghi berjaya menyamai rekod Mueller dengan mencipta 66 gol pada perlawanan Eropa setelah menjaringkan dua gol ketika menentang Marseille dalam perlawanan kalah mati Liga Juara-juara (CL).

Tahun ini, dia sekali lagi yakin mampu mencipta kejutan untuk memecahkan rekod Mueller dalam perlawanan CL bermula minggu depan dengan menyaksikan Milan akan bertemu Auxerre.

“Keinginan saya ini akan tercapai sekiranya saya mampu menjaringkan gol ketika menentang Auxerre nanti,” katanya.

Selain itu, Inzaghi yakin pasukannya mampu menjulang trofi CL musim ini berdasarkan kemampuan pemain, tambahan pula dengan kehadiran Zlatan Ibrahimovic.

“Sekarang pasukan saya dan Milan adalah sama kuat. Saya yakin Ibrahimovic bakal memberi impak yang besar kepada pasukan Milan,” katanya.

Artikel Sebelum

MB Terengganu Kesal Kecaman PKBM

Artikel Lain