suria

Langkah Murray Terhenti Di Pusingan Ketiga

Murray menerima rawatan di tepi gelanggang ketika pertemuan dengan Wawrinka di Amerika Syarikat.
Murray menerima rawatan di tepi gelanggang ketika pertemuan dengan Wawrinka di Amerika Syarikat.
Murray menerima rawatan di tepi gelanggang ketika pertemuan dengan Wawrinka di Amerika Syarikat.

ANDY Murray tewas mengejut 6-7(3), 7-6(4), 6-3, 6-3 kepada pemain pilihan ke-25 dari Switzerland, Stanislas Wawrinka pada pusingan ketiga Terbuka Amerika Syarikat (AS).

Pemain pilihan keempat itu melakukan pukulan servis untuk dua set sebelum menanggung kecederaan paha.

Wawrinka yang turut bergelut dengan kecederaan sama bangkit untuk mencatat kemenangan selepas beraksi selama tiga jam dan 56 minit.

Kekalahan itu merupakan penyingkiran terawal Murray dalam kejohanan Grand Slam sejak dia tewas pada peringkat sama dalam Terbuka Perancis dua tahun lalu.

"Jika saya sudah memberikan seratus peratus, mencuba sedaya upaya, berlatih sekerap mungkin, hanya itu yang mampu saya lakukan.

"Ia sesuatu yang saya ingin lakukan. Namun segalanya sukar. Saya sudah melakukan pukulan terbaik," kata Murray.

Murray tetap meneruskan penampilannya walaupun mengakui dia sudah merasai kekejangan di bahagian paha kirinya pada set kedua.

"Pada set ketiga dan keempat, saya mengerah keseluruhan tenaga dan kecewa dengan kekalahan ini," tambahnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain