suria

Lampard Pulih, Sedia Hadapi West Ham

Lampard menahan kesakitan pada bahagian hidungnya ketika aksi menentang Stoke City minggu lalu.
Lampard menahan kesakitan pada bahagian hidungnya ketika aksi menentang Stoke City minggu lalu.
Lampard menahan kesakitan pada bahagian hidungnya ketika aksi menentang Stoke City minggu lalu.

PENGURUS Chelsea, Carlo Ancelotti mengesahkan pemain tengahnya, Frank Lampard telah bersedia untuk turun menentang West Ham pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), Sabtu ini.

Lampard direhatkan minggu lalu kerana menjalani pembedahan akibat masalah hernia dan turut tidak beraksi pada Kelayakan Euro 2012 menentang Bulgaria Sabtu lalu.

"Saya yakin Lampard sudah pulih dan akan beraksi menentang West Ham," katanya dalam Daily Star Sunday.

Bagaimanapun Ancelloti menolak dakawaan yang mengatakan dia sengaja menyuruh Lampard melakukan pembedahan pada masa yang sama perlawanan melibat England.

"Lampard yang membuat keputusan itu kerana dia sering mengeluh sakit, lebih-lebih lagi ketika perlawanan menentang Stoke City baru-baru ini," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain