suria

Jagielka Yakin Boleh Ganti Terry, Ferdinand

Aksi Jagielka (kiri) ketika menentang Hungary pada perlawanan persahabatan awal Ogos lalu. Foto: REUTERS/Suzanne Plunkett
Aksi Jagielka (kiri) ketika menentang Hungary pada perlawanan persahabatan awal Ogos lalu. Foto: REUTERS/Suzanne Plunkett
Aksi Jagielka (kiri) ketika menentang Hungary pada perlawanan persahabatan awal Ogos lalu. Foto: REUTERS/Suzanne Plunkett

PEMAIN pertahanan Everton, Phil Jagielka yakin mampu menggantikan tempat yang dipegang John Terry dan Rio Ferdinand dalam pasukan England.

Jagielka yang mula menyarung jersi England pada perlawanan persahabatan menentang Hungary bulan lalu turut disenaraikan pada perlawanan kelayakan Euro 2012 bertemu Bulgaria minggu lalu dengan menyaksikan pasukan The Three Lions itu menang 4-0.

Bagi perlawanan awal pagi Selasa menentang Switzerland, Jagielka akan cuba menarik minat jurulatihnya, Fabio Capello untuk disenaraikan dalam barisan utama menggantikan tempat Terry mahupun Ferdinand.

“Memang tidak dinafikan bukan mudah menggantikan tempat JT (John Terry) dan Rio (Ferdinand), tetapi saya mahu fikirkan saya boleh.

“Sekiranya JT dan Rio kembali bersama skuad bulan depan, bagi saya ia tidaklah teruk sekiranya mereka berada di bangku simpanan,” katanya.

Jagielka berkata, dia akan berusaha mendapatkan posisi itu dan akan memberi tekanan kepada Ferdinand dan Terry.

“Saya sedar ia akan memberi tekanan kepada mereka berdua, namun itulah hakikatnya. Dan saya pasti pengurus pasukan inginkan yang terbaik.

"Dia selalu memberitahu bahawa akan memilih pemain yang ada nama di atas kertas, jadi sekiranya saya terus bermain di peringkat antarabangsa dan kekalkan nama, ia pasti akan berlaku,” katanya.

Terry dan Ferdinand tidak disenaraikan dalam skuad utama England kerana kerana mengalami kecederaan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain