suria

Pedrosa Mula Petak Pertama GP San Marino

SAN MARINO: Pelumba Respol Honda, Dani Pedrosa, akan memulakan saingan pada Kejuaraan MotoGP Dunia Grand Prix San Marino di petak utama di Litar Misano, Ahad.

Pada sesi kelayakan Sabtu, pelumba Sepanyol itu berjaya mengatasi pendahulu kejuaraan, Jorge Lorenzo dari pasukan Fiat Yamaha dan pelumba Ducati, Casey Stoner.

Pedrosa mencatatkan masa terbaik sepusingan 1:33.948s manakala Lorenzo dan Stoner masing-masing dengan masa 1:34.256s dan 1:34.297s.

"Saya ingin berada di barisan depan kerana selekoh pertama agak tajam dan saya tidak mahu terbabas di situ," katanya pada sidang akhbar selepas sesi kelayakan di sini.

Pelumba tuan rumah, Valentino Rossi dari pasukan Fiat Yamaha pula meraih petak keempat perlumbaan dengan catatan masa 1:34.470s.

Rossi merupakan juara bertahan GP San Marino untuk dua tahun berturut-turut.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Beckham Turun Padang

Artikel Lain