suria

Zulfahmi Mahu Beri Saingan Di Litar San Marino

SAN MARINO: Pelumba negara, Zulfahmi Khairuddin bertekad untuk memberi saingan terbaik pada perlumbaan ke-12 beliau di Grand Prix San Marino, Itali pada Ahad. Pelumba berusia 18 tahun dari pasukan Air Asia-Sepang International Circuit Racing itu telah mengumpul tiga mata daripada 11 perlumbaan kategori 125cc.

"Pada sesi ujian masa hari ini saya tidak begitu berpuas hati dengan catatan masa yang dilakukan.

"Saya berharap dapat mencatat masa yang baik untuk mencari kedudukan petak yang terbaik," katanya ketika ditemui Bernama pada Jumaat. Pada sesi ujian masa yang diadakan itu, Zulfahmi mencatat 1 minit 48.803 saat iaitu masa kelapan terbaik.

Sementara rakan sepasukannya, Sturla Fagerhaug gagal menamatkan sesi latihan rasmi akibat masalah teknikal.

Pelumba Sepanyol bagi pasukan Bancaja Aspar, Nicolas Terol mencatat masa terpantas dengan 1:44.229s bagi kategori itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain