suria

Capello Puas Hati Prestasi Rooney

Rooney menghadiri sesi latihan di Stadium Wembley pada Khamis.
Rooney menghadiri sesi latihan di Stadium Wembley pada Khamis.
Rooney menghadiri sesi latihan di Stadium Wembley pada Khamis.

PENGURUS England, Fabio Capello berpuas hati dengan prestasi Wayne Rooney dalam menemui semula sentuhan berbisanya menjelang aksi pembukaan kelayakan Euro 2012 menentang Bulgaria awal pagi Sabtu.

Penyerang Manchester United itu menamatkan kemarau gol selama lima bulan apabila menyempurnakan sepakan penalti ketika menentang West Ham minggu lalu.

Capello bagaimanapun begitu berbangga apabila melihat tonggak utamanya mula mencipta gol.

"Saya memantau perkembangannya ketika pertemuan dengan West Ham. Dia berada pada tahap terbaik dan sudah kembali menjaringkan gol. Kepulangan Rooney sedikit sebanyak menyuntik semangat pasukan.

"Dia bebas untuk bergerak ke mana saja yang diingininya. Dia akan beraksi awal pagi Sabtu dengan penuh bergaya," kata Capello.

Capello memutuskan untuk menurunkan pemain pertahanan Everton, Phil Jagielka walaupun dia masih bergelut dengan kecederaan buku lali baru-baru ini.

"Sesi latihan berjalan dengan lancar dan semua pemain berada dalam keadaan baik. Beberapa masalah yang kami hadapi sejak dua hari lalu semakin menunjukkan peningkatan.

"Jagielka sudah cergas dan kembali berlatih. Terdapat sedikit kesakitan tetapi saya yakin dia akan memberikan komitmen 100 peratus," tambahnya.

Setakat ini, Capello menaruh kepercayaan tinggi terhadap barisan pemain di bahagian pertahanan walaupun mereka bergandingan buat pertama kalinya.

Artikel Berikut

Atlet Negara Dapat Habuan Raya

Artikel Lain