suria

Nama Bagi Pasukan Basikal Profesional Terengganu Di Senarai Pendek

KUALA TERENGGANU: Sekurang-kurangnya tiga nama telah disenarai pendek bagi dinamakan sebagai pasukan lumba basikal profesional Terengganu yang bakal ditubuhkan selepas hari raya ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Rozi Mamat berkata antara nama yang menjadi pilihan ialah Terengganu Cycling Team (TCT).

Pemilihan nama dilakukan oleh jawatankuasa penubuhan pasukan lumba basikal Terengganu.

"Pasukan ini akan diurus tadbir oleh pengurusan lumba basikal profesional Terengganu apabila ia berjalan sepenuhnya nanti," katanya.

Mengenai senarai pelumba bagi pasukan tersebut, Rozi berkata 14 pelumba yang mempunyai prestasi cemerlang dala acara lebuh raya telah disenarai.

Mereka ialah Mohd Zamri Salleh, Mohd Shahrul Afiza Fauizan, Ahmad Ridzuan Zainal dari pasukan ATM, Mohd Haidar Anuawar (Macro Polo-Cina), Mohd Hariff Salleh, Mohd Sharul Mat Amin, Mohd Adiq Husainie Othman, Yusrizal Usoff, Mohd Faiz Syarifuddin A.Kadir (MSN).

Anuar Manan (Gingsang Gingseng-Korea), Mohd Shobry Abdullah, Mohd Saufi Mat Senan (PLBT), Amir Mustaffa Rosli (PDRM) dan Ahmad Falanie Ali (DBKL).

Rozi berkata kemungkinan hanya 10 pelumba yang akan dipilih untuk menyertai pasukan profesional Terengganu.

Pasukan tersebut akan membuat aksi penampilan pertama pada Le Tour de Langkawi pada April tahun depan dan kejohanan lain di seluruh dunia, kata beliau. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain